Khairunnisa' Laksana Program Bantu Rakyat


Oleh ; Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Yahaya Ali menyifatkan, kunjungan Persatuan Isteri Wakil Rakyat Dan Bekas Wakil Rakyat Negeri Terengganu (KHAIRUNNISA) ke pejabatnya, suatu yang amat penting.

Ini kerana, kata beliau dimaklumkan, Khairunnisa sedang dan telah merangka serta melaksanakan program-program bagi membantu rakyat di negeri ini. 

"Kunjungan (Khairunnisa) itu sangat bermakna (sebenarnya) kerana dapat mengukuhkan hubungan antara Khairunnisa' sebagai sebuah NGO (Badan Bukan Kerajaan), yang berwibawa dengan pejabat Yang DiPertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri Terengganu.

"Terima kasih, diucapkan kepada rombongan pimpinan Persatuan Isteri Wakil Rakyat Dan Bekas Wakil Rakyat Negeri Terengganu (KHAIRUNNISA'), atas kunjungan itu yang diketuai oleh Timbalan Pengerusinya, To' Puan Hajah Zarani Othman,” ujarnya ketika diminta mengulas mengenai kunjungan hormat pihak Khairunnisa' ke Pejabat DUN Terengganu, pada 1 Mac, lalu.

Turut hadir, Setiausaha Khairunnisa, YM Tuan Roslina Tuan Sulaiman, Penolong Setiausahanya, Nor Azlin Farilah Hadhim, Bendahari, Hajah Maznah Muftahuddin dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu, Tuan Haji Muhyiddin Abdul Rashid.

Menurut Dato’ Yahaya, Khairunnisa' ditubuhkan pada tahun 1999 setelah PAS Terengganu memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-10 dengan mesyuarat kali pertama di Kediaman Rasmi Menteri Besar Terengganu Seri Iman, pada 25 Disember 1999.

Tambah beliau, Khairunnisa' merupakan sebuah NGO yang dianggotai oleh isteri wakil rakyat dan isteri bekas wakil rakyat PAS Terengganu, yang ditubuhkan bagi memfokuskan hal ehwal kebajikan wanita Terengganu.

Ulasan