Lubok Kawah' Ikrar Pertahan Kemenangan


 Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU - PAS cawangan Lubuk Kawah, Hulu Besut berikrar mempertahankan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

Setiausaha PAS kawasan Besut, Cikgu Salahuddin Jaafar berkata, Unit Peti Undi (UPU) tersebut adalah kawasan paling kuat dan selalu memenangi setiap kali PRU.

"Saya menasihatkan supaya setiap anggota perlu bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya yang mungkin akan berlaku bila-bila masa. 

"Saya juga memaklumkan bahawa PAS negeri Terengganu telah mengarah setiap DUN supaya membuat persiapan secukupnya bagi menghadapi PRU ke 15," jelasnya.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Hulu Besut berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai program meraikan petugas pilihanraya yang diadakan di bangunan Pasti Nurul Hidayah.


Turut hadir ialah Ketua cawangan, Haji Shaari Omar, Setiausaha, Saiful 

dan Timbalan Ketua cawangan merangkap Setiausaha MTD Hulu Besut, Armadi Abdullah.

Beliau menambah, seramai 60 orang petugas yang terdiri daripada muslimin, muslimat dan pemuda turut bersama-sama dalam program tersebut.

Menurutnya, setiap anggota parti hendaklah mempertahankan kemenangan yang ada sekarang ini, dengan slogan 'teguh pertahan'.

"Beberapa kursus berkaitan pilihan raya telah diadakan bagi tujuan tersebut.

"Alhamdulillah kali ini golongan muda tidak ketinggalan memberi sokongan kepada kerajaan," ujar Cikgu Salahuddin.

Ulasan