Ustaz Jamaluddin Jusoh |
Oleh : Amirullah Mansor
DUNGUN - Penyebaran dakwah perlu menggunakan lebih banyak saluran dan bukan hanya tertumpu pada satu sudut, di masjid atau surau sahaja.
Timbalan Ketua Ulama PAS Negeri Terengganu, Ustaz Jamaluddin Jusoh berkata, pendakwah perlu berkolaborasi bersama agensi luar ilmu Islam.agar lebih dapat diakses meluas.
“Kita sebagai pengkuliah hendaklah keluar melibatkan diri dengan program bersama kerajaan atau pesatuan-pesatuan luar agar lebih berkembang maju,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Simposium Daie Amilin Paka di Dewan Besar Darul Bayan semalam 4 Mac.
Sehubungan dengan itu, beliau menegaskan agar pendakwah perlu menjadi Daie Haraki dan sentiasa meliat perkara yang positif.
“Jadilah seperti Daie Haraki yang mana pengajaran ilmu dakwah itu membawa kepada pemerkasaan Jemaah dan memahami denyut nadi perjuangan.”
“Sebaliknya bukan menjadi Daie yang akhirnya menentang perjuangan Islam,” ujarnya lagi.
Jamaluddin menjelaskan lagi, kerja dakwah ini adalah kerja yang mulia walaupun bergaji kecil ataupun tidak bergaji.
"Nak banding gaji ustaz mengajar surau RM50 sejam dengan kerja Petronas adalah sangat jauh berbeza.
"Tetapi bagi orang yang hidupnya buat kerja dakwah ini, tidak takjub kepada nilaian yang orang beri kerana mereka yakin yang ini lebih mencapai matlamat di akhirat kerana mereka meneruskan perjuangan Rasulullah SAW,” jelasnya lagi.
Ulasan