PAS Besut Sumbang 3700 Kilo Ikan


Oleh : Mustaqim

BESUT - PAS Besut mengagihkan 3700 kilogram ikan 'QFish' bagi membantu mereka yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Timbalan Yang Dipertuanya, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, setiap kampung dibekalkan 100 kilogram ikan yang siap dibungkus, untuk diagih terus kepada penduduk terbabit. 

"Selaku ADUN Kota Putera, saya berharap sumbangan yang dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. 

"Kita faham akan situasi rakyat yang terkesan, saya turun padang menghantar sumbangan," ujarnya ketika ditemui semalam. 

Menurutnya, agihan dibuat secara berperingkat mengikut giliran kawasan masing-masing dan keseluruhannya telah selesai diagihkan. 


Tegasnya, sumbangan tersebut menyeluruh, tanpa mengira latar belakang politik dan beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan 'semberono' pihak tertentu. 

"tidak seperti yang diperkatakan, sumbangan hanya kepada ahli PAS sahaja tetapi kepada semua penduduk yang sukar mendepani pandemik ini, kita beri semua yang terjejas," jelasnya. 

 Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut,. 

" Jutaan terima kasih diucapkan kepada petugas-petugas yang sentiasa komited dalam membantu Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Kota Putera bagi melancarkan setiap agihan yang kita lakukan. 

" Mudah-mudahan Allah SWT memudahkan segala urusan terutama para asnaf dan memberkati usaha kecil ini," tambahnya

Ulasan