PAS Kijal Alu-alukan Pembinaan SRIDI Baharu


Oleh ; Halfian Ahmad

KEMAMAN - PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal menyambut baik kerajaan Terengganu untuk membangunkan sebuah bangunan baharu di Kampung Bukit Anak Dara, di sini.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh berkata, buat masa ini, pusat pendidikan tersebut beroperasi sementara di Kompleks Paya Lasir, Bandar Baru Kijal.

"Pihak DUN telah mengenalpasti tanah seluas 10 ekar untuk didirikan bangunan kekal buat SRIDI," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program penyerahan peralatan komputer pada 9 Mac yang lalu.


Turut hadir bersama ialah Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Abdullah Suhaimi Zakaria, Penolong Kanan Pesuruhjaya Sumber Manusia JHEAT, Sahari Anuar Ahmad, Guru Besar SRIDI Kijal, Wan Faizah Wan Hussin dan Ahli Majlis Perbandaran Kemaman.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Kawasan Hulu Terengganu, YB Ustaz Maliaman Kassim berkata, PAS Terengganu sedang menaik taraf SRIDI di seluruh negeri bermula dari daerah Besut hingga ke Kemaman.

"Saya harap SRIDI ini akan terus giat berusaha dalam menempa kejayaan memandangkan pelajar yang masuk ke SRIDI adalah pelajar yang terpilih.

"Pihak kerajaan sedang berusaha meningkatkan kecemerlangan setiap SRIDI diseluruh negeri dari segi tenaga pengajar, peralatan dan prasarana," ujarnya.

Ulasan