PAS Tidak Pernah Putus Asa


KUALA TERENGGANU - Parti Islam SeMalaysia(PAS) tidak pernah berputus asa di dalam merangka agenda Perpaduan Ummah yang dibina sejak  hampir dua tahun lalu. 

Naib Presidennya, Ustaz Idris Ahmad menegaskan parti itu sentiasa konsisten dengan agenda perpaduan ummah.

"Dua matlamat Perpaduan Ummah, pertamanya ialah untuk menyelamatkan kuasa politik Melayu Islam dan bumiputera. 

"Dan keduanya untuk mengelakkan  Dap-PH berkuasa kembali selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15)," jelasnya.

Ustaz Idris berkata demikian melalui suliaran media secara atas talian semalam, Ahad 21 Mac. 

Beliau mengulas sokongan Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ketua Pemudanya Dato Dr Asyraf Wajdi Dasuki berhubung kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu untuk menentang PAS dalam PRU15. 

Beliau turut mengingatkan untuk membina perpaduan mengambil masa yang lama sehingga 70 tahun. 


Sebaliknya, kata beliau, untuk berpecah sangat mudah hanya satu 'posting' di facebook, hanya satu ungkapan di tweeter atau hanya sekeping gambar di instagram sahaja. 


"Apabila kita berpecah yang ruginya perjuangan untuk kita menegakkan idealisme perjuangan ini, bukannya PAS," katanya lagi

Ulasan