PASTI Daru Il-Ridhwan Rayu Sumbangan Kewangan


 Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT - Jawatankuasa PASTI Il Ridhwan melancarkan kempen dana bagi membiayai projek pembinaan bangunan baharu PASTI berkenaan yang terletak di Markaz Tarbiyyah Kampung Baharu, Kuala Besut.

Menurut pengurusnya Wan Asriazwa Wan Husin, pihaknya memerlukan sejumlah RM200,000 bagi menyiapkan projek berkenaan yang telah dimulakan sejak beberapa bulan yang lalu.

Apabila siap kelak, bangunan baharu tersebut akan memberi ruang pembelajaran yang lebih kondusif kepada para pelajar PASTI berkenaan yang ketika ini terpaksa bersesak-sesak dalam beberapa buah bilik darjah akibat bilangan mereka yang terlalu ramai.

“Justeru, PASTI Daru Il Ridhwan amat memerlukan sumbangan kewangan daripada orang ramai bagi menjayakan projek kebajikan yang dapat memberikan sinar harapan kepada generasi Islam pada masa akan datang.

“Saya menyeru agar semua pihak dapat memberi sumbangan walaupun hanya sekadar RM1 kerana ia amat bermakna buat anak-anak PASTI ini,” ujarnya ketika dihubungi di sini.

Katanya lagi , sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Rakyat bernombor 1101669151 atas nama PASTI DARUL IL RIDHWAN.

Sebarang pertanyaan atau maklumat berkaitan sumbangan jelasnya, bolehlah dirujuk kepada beliau sendiri di talian 012-9281005 atau dengan menghubungi Saifullah Jusoh (019-9344018).

Ulasan