PEMERKASA; Pemuda PAS Bantu Anak Muda


KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terenggau bersedia menjadi penyambung kepada usaha Kerajaan Perikatan Nasional dalam membantu rakyat khususnya anak muda melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Rakyat (PEMERKASA).

Ketuanya, Ustaz Mohd Nasir Abdul Razak berkata, untuk itu beberapa insiatif telah dirangka agar keseluruhan belia negeri ini menerima bantuan dari usaha murni itu .

"Diantaranya, dengan menjadi 'second wave' untuk menyebarkanya kepada semua anak muda, juga menjadi perantaraan atau pemudahcara agar belia di negeri ini mengetahui perkara tersebut dengan menyampaikan maklumat yang tepat

"Juga menjalinkan kerjasama erat dengan agensi yang terlibat serta memobilasi jentera di setiap peringkat bagi mengenalpasti mereka yang layak," ujarnya ketika dihubungi, di sini, pada Sabtu 20 Mac.

Katanya, Dengan peruntukkan sebanyak 20 bilion itu, sudah pasti akan memberi kelegaan kepada rakyat.

"DPPNT mengucapkan syabas dan tahniah atas insiatif diperkenalkan ini.

"Juga berharap  ianya menjadi pemangkin kepada rakyat negara ini, khususnya anak muda Terengganu terutamanya,  untuk kekal berdaya saing di peringkat tertinggi, kembali pulih dengan penuh bersemangat," ujarnya.

Rabu lalu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelancaran PEMERKASA bernilai RM20 bilion serta suntikan fizikal baharu yang berjumlah RM11 bilion sebagai sebahagian usaha untuk menyokong proses pemulihan ekonomi negara.

Beliau berkata, program itu  mempunyai lima fokus utama akan menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong peniagaan dan meneruskan bantuan kepada rakyat dan sektor yang terkesan.

Ulasan