Pemuda PAS Fahami Susah Rakyat


Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN - Sayap Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Pemuda memahami kesusahan  rakyat yang tidak dapat keluar bekerja setelah  Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) 2.0 ekoran pandemik Covid-19, apatah lagi sesi prsekolahan 2021 telah bermula.

Atas keprihatinan itu, Pemuda PAS DUN Rantau Abang telah mengadakan Program Gunting Rambut Percuma di enam cawangan mengikut zon, untuk memberi peluang kepada ibubapa mendapatkan perkhidmatan  di tempat berdekatan.

Pengarah program, Utbah Hassan berkata ianya terbuka kepada kanak-kanak berusia enam hingga enam belas tahun sahaja. 

"Tetapi jika di kawasan pedalaman atas permintaan Ketua PAS Cawangan, terbuka kepada semua, tiada had umur dan terbuka juga kepada golongan dewasa," katanya. 

Beliau yang ditemui di Balai Raya Pulau Serai ketika program berkenaan sedang berlangsung pada 2 Mac yang lalu. 


Sehubungan itu, Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun memuji kesungguhan Pemuda membantu masyarakat di dalam meringankan beban kewangan apatah lagi jika mereka mempunyai anak lelaki yang ramai untuk bersekolah.

"Program ini dianjurkan oleh Pemuda sejak sebelum PAS menjadi kerajaan di Terengganu lagi, menunjukkan 'komitmen ' Pemuda, untuk menzahirkan kecaknaan mereka kepada masyarakat dengan kerjasama PAS Cawangan.

" Alhamdulillahsambutan juga daripada orang ramai memang menggalakkan dan ada yang tertunggu-tunggu program ini bila hendak diadakan...ianya tertangguh memandangkan banjir, PKP dan sesi persekolahan yang tertangguh.," katanya. 

Ulasan