Pemuda Sediakan Pasukan Terbaik Hadapi PRU

 


SETIU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) akan menyediakan pasukan terbaik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, yang dijangka akan diadakan  pada akhir tahun ini.

Ketuanya Mohd Nasir Razak berkata, jentera Pemuda telah melalui dua zaman iaitu sebelum dan selepas menjadi kerajaan, menjadi kekuatan untuk menyiapkan anggotanya  untuk menghadapi PRU. 

“ Misi kita ialah Anak Muda Mara Pertahan kita garapkan untuk meneruskan agenda mempertahankan kemenangan, pemuda harus bersedia menjadi benteng utama parti menghadapi pihak lawan,” tegasnya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pemukiman DPPNT, pada 4 Mac.  


Dalam pada itu, Mohd Nasir berkata, kekuatan ukhuwah di antara pimpinan dan jentera juga merupakan ramuan terbaik. 

“sekarang pelbagai sentimen ditimbulkan atas rasa ketidakpuasan hati rakyat terutama anak muda, maka tugas kita untuk menjelaskan sesuatu isu dengan baik dan jangan kita pula yang membantu musuh menjejaskan parti dan kerajaan, ' tambahnya

Beliau antara lain mengingatkan pimpinan pemuda bahawa kemenangan bukan terletak pada individu yang memimpin, sebaliknya ia anugerah Allah, jika ahlinya saling menguatkan jemaah.

Sepanjang dua hari, semua pimpinan pemuda telah mengikuti pelbagai aktiviti, antaranya sesi percambahan idea, aktiviti bermodul serta slot perbengkelan.

Ulasan