Petugas Kijal Sedia Bertempur


Oleh : Pyang Mamat

KEMAMAN - Para petugas Parti Islam Semalaysia (PAS), Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal bersedia bertemu dengan pengundi, maupun bertempur lawan politiknya dialam maya.

Menjelang pilihanraya umum (PRU) dengan keadaan pandemik masih belum berakhir, PRU15 kali ini mungkin akan berlangsung dalam mnorma baru.

Timbalan Pengarah Majlis Tindakan DUN tersebut, Zakaria Che Soh menegaskan, semua pihak mengambil peluang yang ada, untuk bekerja mengikut situasi semasa.

"Marilah sama-sama kita mengambil manfaatkan daripada majlis ini untuk meneruskan gerakkerja jemaah yang diamanahkan kepada kita," ujarnya. 


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kursus ILPAS yang berlangsung Darul Iman Training Centre (DITC) pada Sabtu, 13 Mac, semalam.

Oleh itu, beliau menggesa agar jentera DUN meningkatkan usaha dan sentiasa memohon pertolongan daripada Allah. 

"Walaupun berat kita rasakan, InsyAllah disana ada Allah yang akan membantu dalam memberi penerangan dan dakwah di medium baru ini," katanya.

Turut hadir dimajlis tersebut adalah Pengarah Jabatan Media Baru PAS Negeri Terengganu Aswadi Bin Mohamad, Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu, Irsyad Syafiq Burhanuddin dan Ahli Jawatankuasa Harian MTD Kijal.

Ulasan