PH Gagal Jaga Kebajikan Rakyat


KUALA TERENGGANU - Kerajaan Perikatan Nasional diingatkan tidak mengulangi kesilapam Pakatan Harapan sebelum ini, yang gagal menitikberatkan kebajikan rakyat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Azman Ibrahim berkata dengan cara setiap respon diberikan rakyat perlu diambil tindakan segera. 

"Setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan pelbagai warna dan corak yang telah dilalui. 

"Tiada kompromi untuk  kerajaan ini terus berkhidmat menyantuni rakyat," ujarnya.

Beliau yang juga anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu dalam satu kenyataan mengulas mengenai setahun Kerajaan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan, pada Isnin, 2 Mac.

Dalam usaha itu katanya, kelebihan yang ada pada kerajaan PN perlu dimanfaatkan dan segala kelemahan perlu  diperbaiki segera. 

“Terdapat pro dan kontra namun kita mesti membuka minda, berlapang dada, bersedia untuk berubah dan yang paling penting, negara dan rakyat adalah keutamaan,” katanya.

Katanya lagi, sejarah 29 Februari pastinya tidak akan dilupakan oleh semua kerana telah melakar sejarah terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Menandakan berakhirnya usia 22 bulan kerajaan PH.

“Tarikh 29 Februari hanya boleh diingati setiap empat tahun sekali, Dimana hari ini pada 1 Mac 2021, Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin diikuti secara maya dari Dewan Besar Wisma Darul Iman ,” tegas beliau.

Ulasan