Polemik Vaksin; Pemimpin PAS Tawar Diri


KUALA TERENGGANU - Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menawarkan diri  menjadi antara  yang terawal untuk menerima suntikan vaksin mencegah Covid-19 selepas 'frontliners'  kesihatan, keselamatan dan lain-lain.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Dr. Azman Ibrahim berkata kalau benar vaksin berisiko, biarlah pemimpin mengambilnya terlebih dahulu. 

Menurutnya, ia dapat mengelakkan spekulasi, rakyat dijadikan bahan ujikaji dalam program pemvaksinan kebangsaan yang sedang berjalan sekarang, jika rakyat mengambilnya dahulu. 

"Jangan timbulkan polemik, beri vaksin kepada 'frontliners' dahulu. Selesaikan, dan jika ada lebih, bagilah kepada kami orang politik. Vaksin China pun tak apa." katanya. 

Dr. Azman yang juga AJk Badan Perhubungan PAS Terengganu dipetik berkata demikian di dalam tulisannya di media sosialnya, semalam. 

Beliau turut menegur sikap serba tidak kena, ditonjolkan sesetengah pihak yang sering mencari kesilapan 'orang politik'

"Sekarang timbul isu, kenapa orang politik menyibuk ingin mengambil vaksin dahulu? Serba tak kena. Ada sahaja alasan dan justifikasi kenapa pemimpin perlu divaksinkan lebih awal. Banyak jika disenaraikan, 

"Sasaran kerajaan supaya 70 peratus rakyat menerima vaksin. InsyaAllah masyarakat semua akan mendapat vaksin. Ceria-ceria selalu dan jaga diri serta keluarga, " jelasnya

Ulasan