Sepakat Masyarakat Bersih Pokok Berbahaya


Oleh : Amirullah Mansor 

DUNGUN – Hasil sepakat bersama masyarakat di Bukit Merah telah berjaya bergotong-royong membersih pokok tinggi yang membahayakan penduduk setempat.

Ketua Cawangan PAS Bukit Merah, Rayah Mohd berkata rata-rata perasaan penduduk di sekitar Jalan Bunga Kertas, Bukit Merah, Paka berasa amat lega.

“Kita telah membuat kerahan kepada penduduk sini untuk membuat gotong – royong yang memfokuskan menebang pokok tinggi sekitar rumah-rumah penduduk,” katanya ketika dihubungi seusai program berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Rayah menjelaskan penglibatan hari ini mendapat sambutan memberangsangkan dari semua pihak.

“Beberapa batang pokok yang membahayakan keselamatan mereka telah dapat ditebang dengan kerjasama JPKK Taman Indah Permai, PAS Cawangan Bukit Merah dan dibantu beberapa orang tenaga Jabatan Amal Paka yang bermula pada waktu pagi

“Kita juga telah menyewa sebuah jentera skylift bagi memudahkan kerja-kerja  memotong dahan yang tinggi,” jelasnya. 

Tambahnya, perkara ini melibatkan kos kewangan yang banyak kerana terdapat banyak kawasan – kawasan pokok tinggi. 

“Alhamdulillah, hasil kesepakatan JPKK dan penduduk setempat ianya dipermudahkan oleh Allah S.W.T dan terima kasih kepada semua yang terlibat.”

“Dan bagi rumah mereka yang kami terlepas pandang boleh maklumkan segera kepada pihak kami,” ujarnya. 

Ulasan