Taman Rekreasi Bukit Chatak Jadi Tumpuan Penduduk


 Oleh : Muhammad Naim Fadhilah Kamaruddin

DUNGUN – Inisiatif PAS Cawangan Bukit Chatak 2 wujudkan Taman Rekreasi Bukit Chatak telah menjadi tempat tarikan bagi penduduk sekitar untuk aktiviti riadah.

Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan tersebut, Mohd Nafizal Nafis berkata, trek laluan ini diusahakan bagi mengadakan kem cuti sekolah pada bulan Disember 2020 lalu.

"Pada awalnya ia wujud hanya satu laluan sahaja dan selepas itu barulah ia dikomersialkan."

"Ia diteruskan lagi dengan laluan dari satu laluan menjadi 3 atau 4 laluan untuk sampai ke puncak dan juga ada trek laluan bagi pengguna basikal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat pembersihan kawasan taman rekreasi tersebut semalam.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata kos yang digunakan bagi membangunkan tempat ini merupakan hasil dan juga sumbangan orang ramai. 

"Ramai yang bertanya jika ada disediakan tempat untuk menyumbang dan kita akan melancarkan tabung untuk penyelenggaraan taman rekreasi ini."

"Hasil daripada sumbangan tersebut akan digunakan bagi menyediakan kemudahan awam bagi memudahkan pengunjung taman rekreasi ini," ujarnya lagi.


Ulasan