Titi Baharu Untuk Kemudahan Setempat


 Oleh : Nooreni Abu Bakar 

DUNGUN - Hasil muafakat dan gotong royong tenaga sukarelawan PAS bersama penduduk setempat telah berjaya membangunkan semula sebuah titi baharu untuk kemudahan orang ramai. 

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, PAS Dungun, Cikgu Alias Harun berkata jambatan kecil di Kampung Kuala Jengal itu telah runtuh dilanda banjir pada musim tengkujuh, akhir tahun lepas. 

"titi tersebut adalah laluan utama penduduk di sini untuk menyeberang ke jalan utama, bagi mencari rezeki dan urusan seharian. 

"Jambatan kecil baharu ini telah dibina dengan tinggi 10 kaki dan panjangnya 60 kaki, 


"inshaaAllah dapat mengelakkan berlaku kejadian yang sama sekiranya ketika banjir melanda pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi semalam. 

Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(MTD) Bukit Besi, Ustaz Ghazali Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu. 

"penyumbang tenaga utama ini ialah anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM), selain ahli Kelab Pacuan Empat Roda Dungun (PADAT) dan penduduk setempat, 

"kepala kerja ialah PAS Cawangan dan Alhamdulillah, kita berjaya memenuhi hasrat penduduk untuk mendapatkan  titi kayu yang baharu memandangkan yang lama telah rosak teruk," jelasnya. 



Ulasan