Umno Kena Lihat 'Big Picture'

Dato' Mustafa Ali

Oleh : Adli Mohd

KUALA TERENGGANU - Umno perlu melihat kepada pandangan keseluuruhan (big picture) sebagai jalan penyelesaian kemelut politik yang melanda ketika ini, sebelum membuat keputusan menarik kerjasama  dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).



Veteren PAS, Dato' Mustafa Ali berkata, tidak patut di ketika perpaduan sedang diusahakan masih mahu berlagak seperti 'abang long'.

"Dia (UMNO) masih punyai sikap hendak mengusai (kerajaan), itu dalam pendirian dia, dalam keadaan sekarang ini betullah dia mempunyai kerusi paling banyak (parlimen) secara perbandingan dengan parti-parti yang lain.

"Orang akan menghargai dan memberi penghormatan kepada parti yang mempunyai kerusi yang banyak. Tetapi suasana sekarang ini sudah terjadi benda yang belum pernah berlaku dalam politik Malaysia," ujarnya pada sidang media, di Kuala Terengganu, pada Khamis, 3 Mac.

Mengulas lanjut, Dato’ Mustafa itu berkata tindakan dicetuskan oleh UMNO itu akan membawa kepada pertembugan tiga penjuru yang akan memecahkan perpaduan.

"Sekarang ini walaupun perpaduan belum menyeluruh, tetapi sudah ada di kalangan PAS, BERSATU dan UMNO.

"Jika sengaja-sengaja hendak pecahkan perpaduan ini bukan satu langkah yang baik," tegasnya.

Beliau berpandangan apa yang terbaik ialah parti-parti Melayu itu terus bersatu bagi membentuk sebuah kerajaan yang dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Tambah  beliau jika UMNO tetap berpendirian mengutamakan pemimpin penting diri, pada pandangannya PAS akan kekal bersama PN.

"Walaupun Muafakat Nasional (MN) itu ada, tetapi itu 'gentlemen agrement' dan PN ini 'registered' dan PAS salah satu komponennya, selain BERSATU dan parti-parti di Sabah, Sarawak.

"Saya rasa PAS akan bersama PN, walaupun dia (PAS) terpaksa berlawan dengan BN, kalaulah UMNO ini memilih juga untuk bersendirian dengan BN," ujarnya.

Mengenai keadaan di Negeri Terengganu seandainya berlaku tiga penjuru, beliau berkeyakinan PAS akan tetap menang di Negeri Terengganu.

"Sebab selama ini kita bercakap tentang perpaduan, PAS menunjukkan hasrat hendak berpadu.

"Yang hendak berpecah ini UMNO, mungkin rakyat akan marah kepada UMNO ini, yang menyebabkan perpecahan ini disebabkan UMNO, rakyat akan menolak,"ujarnya.

Ulasan