Undi 18; Terpulang Kepada SPR

 


Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Terpulang kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkait dengan akta pengundi yang berumur 18 tahun yang kerana mereka mesti memainkan peranan berkait dengan persedian dan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata, sebelum ini umur layak mengundi diturunkan adalah dari 21 tahun ke atas.

“Berkait dengan soalan undi 18 tahun ini saya nampak perkembangan terakhir menjadi satu polemik dalam masyarakat maksudnya adakah mereka yang berumur 18 tahun ini matang dalam membuat keputusan.

“Saya fikir kita kena melihat isu ini lebih objektif dan positif. Apabila Parlimen meluluskan akta ini sudah tentu kajian sudah dibuat dan kita mesti menghormati hak orang muda bukan sahaja mereka memilih tetapi mereka ada hak untuk di pilih,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam siaran langsung bersama Persona FM selepas perasmian Galeri Digital Sanggar Seni dan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MOU) antara UnisZa Dan Husa Network Sdn.Bhd di Laman Pusat Kesenian dan Warisan, Universiti Sultan Zainal Abidin pada 21 Mac yang lalu.

Menurutnya, ada perkara yang perlu diuruskan dan dipinda serta persiapan kepada golongan muda yang boleh mengundi bagi menghadapi PRU perlu dilaksanakan lebih cepat oleh SPR.

“Dari segi sama ada boleh digunakan atau tidak, kalau kata SPR dapat melaksanakan perkara ini sebab dikatakan 18 tahun bukan sekadar mereka mendaftarkan diri sebagai pengundi tetapi juga pendaftaran pengundi secara automatik dengan ada kerjasama dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara.

“Jadi kalau SPR boleh menyelesaikan perkara ini dengan lebih cepat dan pihak kerajaan memutuskan pilihan raya pada masa sekiranya sampai dengan kerja yang dilakukan SPR,” tambah Yahaya.

Justeru itu, golongan muda perlu diberikan penghormatamm buat kali pertama boleh mengundi walaupun usia mereka masih muda.

Ulasan