Walaupun Teruja, Patuhilah SOP


 KUALA TERENGGANU -  Walaupun teruja dengan hari pertama sesi persekolahan 2021, semua pihak termasuk ibu bapa, guru dan pelajar mestilah patuh kepada Prosedur Piawaian Operasi (SOP) sebagaimana yang telah ditetapkan. 

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Ustaz Nasir Abdul Razak mengingatkan agar semua pihak terus berdoa dan bermunajat, agar Allah mengangkat pandemik COVID-19. 

"Selamat Kembali ke sekolah buat guru-guru, murid-murid, ibubapa dan warga pendidikan secara keseluruhannya.  

"Diharapkan penuh semangat melaksanakan tugas dan peranan masing-masing disamping titipkan doa selalu agar Allah SWT bersama sepanjang masa," ujarnya. 

Menurutnya, sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan pada 19 Februari lalu, murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua hadir ke sekolah lebih awal, iaitu hari ini, berbanding yang lain bagi membolehkan mereka membiasakan diri dengan SOP. 

Oleh itu, beliau berharap perjalanan pembelajaran anak-anak, dilimpahkan keberkatan oleh Allah jua. 

"Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan untuk hari ini dan hari-hari seterusnya serta dilindungi keselamatan semua serta diganjari pahala dari rahmat-Nya," tambah beliau. 

Ulasan