Warga Pulau Serai Ceria


Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN - Sikap ringan tangan Jabatan Amal Malaysia (JAM) dan PAS Cawangan berkolaborasi menabur bakti kepada masyarakat  telah menceriakan warga Pulau Serai. 

Ketua Ketua PAS Cawangan Pulau Serai, Abdul Halim Abdul berkata gandingan kerjasama erat  serta sumbangan orang ramai yang dermawan , mereka membaiki atap yang telah rosak hampir keseluruhan rumah yang dihuni sepasang warga emas di Kampung Pulau Serai itu. 

"Dengan sumbangan kewangan orang ramai, pihak PAS Cawangan mengambil inisiatif untuk menggantikan dengan yang baharu dengan bantuan tenaga Jabatan Amal Malaysia, Dungun, Yayasan Amal Dungun dan PAS cawangan.

" Boleh dikatakan keseluruhan atap bocor dan kita telah menggantikan 20 keping atap yang baharu, " ujarnya yang dihubungi di rumahnya semalam. . 


Sehari sebelum itu, kumpulan 'semut merah' berkenaan telah bersama-sama PAS Cawangan Pelandang  bergotong royong menebang  sebatang pokok  di kampung itu. 

"Pokok mangga tersebut terpaksa ditebang kerana menyukarkan kenderaan  yang lalu lalang dimana dahan pokok  boleh membahayakan kenderaan yang berselisih.

" Walaupun perbincangan awal dengan tuan rumah hanya memotong dahan yang menghalang laluan tetapi dibimbangi pokok berkenaan boleh tumbang apabila berlakunya hujan lebat dan angin kuat, akhirnya pokok itu terpaksa ditebang," jelas. Pengarah Program, Wan Affandi Wan Mahmud.

Ulasan