177 Undi Lot RTB Gong Che Lah

 177 Undi Lot RTB Gong Che L


Oleh : Faizal Ghani Al Medaniey 

MARANG - Seramai 177 orang telah terpilih untuk mengundi lot tapak rumah Rancangan Tanah Berkelompok(RTB) Gong Che Lah dalam Dewan Undangan Negeri(DUN) Pengkalan Berangan. 

Setiausaha PAS Kawasan Marang YB Ustaz Sulaiman Sulong berkata program ini adalah sebahagian daripada pelaksanaan  tanggungjawab hasil daripada mandat rakyat yang telah memilih PAS dalam pilihanraya yang lepas. 

"Semua ini dilaksanakan dalam usaha untuk membina  kegembiraan dan kesejahteraan bersama dalam hidup rakyat".

Sulaiman berkata demikian ketika berucap di majlis tersebut yang berlangsung di Balai Raya Jambu Bongkok Pantai di sini hari ini.


Turut hadir pada program tersebut Tuan Pentadbir Tanah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak serta Jawatankuasa JPKK setempat.

Beliau yang juga ADUN kawasan Pengkalan Berangan mengharapkan kehidupan akan lebih harmoni. 

" Kesejahteraan hidup akan lebih terasa manisnya, apabila rakyat dapat menjalankan kehidupan seharian secara harmoni dan bersatu hati sesama warga komuniti" katanya lagi.

Ulasan