Oleh : Nor Amira Amijudin
BESUT - Sebanyak 600 kotak kurma diagihkan kepada pengguna jalan raya di sekitar lampu isyarat berhadapan Pejabat Agama Daerah Besut pada hari pertama Ramadan.
Ketua Ameerah Kota Putera, Suzana Zakaria berkata Program 'Jom Bbagi Kurma' itu adalah anjuran bersama Ameerah, Urusan Ulama, Pemuda Dewan Undangan Negeri(DUN) Kota Putera, serta Alternative Riding Club(ARC) Besut, Kota Putera(KoPu) Care dan Usrah Care.
"Kami bekerjasama dalam program ini sebagai tanda menzahirkan kemeriahan dalam menyambut bulan Ramadhan.
"Tepat jam 5.15 petang, agihan mula beroperasi. Tidak sampai satu jam pun, habis kesemua kotak, kurma itu diagihkan. syukur melihat senyuman mereka yang mendapat ‘halwa Ramadhan’ dari kami," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi di rumahnya semalam.
Ujarnya lagi, insya-Allah aktiviti kebajikan sebegini akan menyusul lagi di lain hari.
" Semoga dengan sedikit amal yg kita usahakan tu menjadi asbab Allah limpahkan berkat dan rahmat atas pahala puasa kita semua sepanjang bulan ramadhan, insya-Allah, Aamiin," katanya lagi. .
Ulasan