Anak Austisme Antara Peserta 'Program Mak Adik, Dah Besar'
Oleh : Nor Amira Amijudin
BESUT - Walaupun menyedari anaknya, Qaseh Nur Zulaikha Mohd Zarimi, 10 menghidap' mild autisme ' , seorang ibu, Juliza Mohd Rosseli, 37, tetap bersemangat mahu anak perempuannya itu turut menyertai 'Program Mak Adik, Dah Besar".
Program yang mendedahkan peserta-peserta kepada ilmu-ilmu fardhu ain, kewajiban seorang Islam setelah mereka baligh.
Bercerita tentang Zulaikha, Juliza berkata anaknya kuat bermain emosi dalaman, perlukan perhatian berpanjangan serta perhatian dalam pengurusan harian,jadi dengan kehadirannya di dalam program tersebut dapat memberi pendedahan suasana baharu kepada anaknya itu.
"Kita sebagai ibu bapa harus sentiasa dahagakan ilmu seiring dalam membimbing anak-anak. Ibu bapa dan anak tiada jurang persahabatan agar anak-anak lebih rapat dengan kita " ujar ibu muda sambil berterimakasih, anaknya diterima sebagai peserta.
Beliau yang dihubungi di rumahnya semalam turut memuji penganjur, Ameerah Dewan Undangan Negeri(DUN) Kota Putera yang berjaya 'mengorat' remaja dengan program seumpama itu.
" Diharapkan program sebegini dapat memberi ilmu dalam menghadapi dunia anak remaja kini. Bagus untuk mendedahkan anak dengan persekitaran yang lain dari kebiasaan selain daripada anak menimba ilmu," ujarnya,seorang suri rumah.
Sementara itu, penceramah di dalam program yang diadakan di Masjid Gong Bayor itu, Che Engku Khairunnisa Che Engku Rozali mengingatkan agar sentiasa menjaga aurat dan mencontohi akhlak Nabi Muhammad Sallallahu Alaihiwasallam.
"Jaga aurat kita hanya istimewa untuk insan istimewa sahaja. Siapa pun tak boleh nak sentuh bahagian sensitif anggota badan kita walau mahram kita.
" Jaga maruah kita, pergaulan kita dengan lelaki ajnabi, jaga adab percakapan kita dengan sesiapa pun. Ikuti akhlaq terbaik idola kita Nabi Muhammad SAW dan para serikandi Islam," ujarnya.
Ulasan