Anggota Amal Perlu Kerja Lebih Kuat


SETIU - Semangat yang jitu, kerja kuat  dengan penuh ikhlas adalah ramuan dalam persiapan anggota Jabatan Amal, melaksanakan kebajikan kepada rakyat.

Ketua Pemuda PAS negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nasir Razak, memberi penghormatan kepada Jabatan Amal negeri Terengganu yang menjadi ikon kebajikan bagi pemuda dalam aktiviti sukarelawan.

Menurutnya, bulan Syaaban merupakan medan untuk bersiap membawa ruh kebajikan sebelum memasuki bulan Ramadan.

“Pertama Jabatan Amal berazam bersungguh-sungguh dan kedua kita bekerja keras untuk menyalurkan sumbangan kepada masyarakat di luar, sehingga diberi kepercayaan dan menerima keberadaan kita.

“ketiga kita melaksanakan dengan penuh keihlasan, sehingga keberkatan orang melaksanakan amal kebajikan ini  Allah melimpahi kemudahan,

"walaupun kita tiada kekuatan kewangan dan kekurangan tenaga keahliaan,  tapi kita yakin boleh melaksanakan kerja ini sehingga rakyat menerima dengan hati yang terbuka," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Majlis Penyerahan Sumbangan Bot Penyelamat kepada Jabatan Amal Malaysia Negeri Terengganu di Kampung Mangkok, Setiu, pada Jumaat, 2 April.

Hadir sama pada majlis tersebut Yang Berhormat Senator IR TS Khairilnizam Khairudin, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz ZulBahri Abdul Rahman Penyelaras DUN Setiu dan Ustaz Nasrun Abdullah Pengerusi NGO Iman Care .


Beliau berkata, setiap anggota perlu merasa bangga dan mengekalkan prestasi kerana nama yang baik telah terpahat di dalam hati rakyat.

“bila datang musibah kebakaran dan banjir dengan kehadiran anggota amal, rakyat sudah rasa bangga dan boleh menerima kehadiran mereka, walaupun belum lagi melakukan lagi sesuatu perkara yang diminta bantu.

“elemen keberkatan ini juga ada apabila ada individu atau organisasi memberi kepercayaan, kepercayaan ini mahal. Apabila diberi kepercayaan apa saja yang diminta akan dipermudahkan,” jelasnya.

Justeru, beliau mengucapkan terima kasih kepada Iman Care yang menyumbang aset penting, melengkapkan lagi keperluan Jabatan Amal.

“Alhamdulillah hari ini Iman Care hadir memberi kepercayaan kepada Jabatan Amal dengan menyerahkan bot bagi membantu mangsa banjir.

“Terima kasih buat Iman Care yang menyumbang dua buah bot pada hari ini kepada Jabatan Amal Kawasan Setiu dan Kuala Terengganu, insya Allah di dalam makluman saya juga semua kawasan akan menerima sumbangan selepas ini,” katanya.

Pada majlis tersebut diserahkan simbolik penyerahan bot kepada dua Pemuda Kawasan iaitu Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu diwakili Ustaz Ahmad Asyraf Ali Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu dan Pemuda PAS Kawasan Setiu diterima oleh saudara Zaidan Abdullah.

Ulasan