Bila Ramadan Bermula?


Hari pertama berpuasa untuk bulan suci Ramadan, yang ditentukan oleh penampakan bulan baru, kemungkinan akan berlangsung pada hari Selasa 13 April.

Untuk mengisytiharkan awal Ramadan, Arab Saudi dan negara-negara majoriti Muslim lainnya bergantung pada kesaksian melihat anak bulan tempatan.

Bahrain, Mesir, Kuwait, Oman, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu dijangka mengikuti Tarik dan kaedah ditentukan Arab Saudi.

Negara-negara lain mempunyai pandangan bebas, tetapi Indonesia, Lebanon, Maghribi dan Syria juga cenderung untuk memulakan puasa mulai hari Selasa sementara negara-negara di sebelah timur dan barat akan bermula ketika anak bulan dilihat.

Qatar Calendar House (QCH) telah mengumumkan bahawa bulan baru Ramadan akan dilahirkan pada 12 April jam 02:31 GMT, menurut ahli astronomi.

Pada hari itu, bulan mungkin kelihatan di bahagian Amerika Utara, Tengah dan Selatan. Pada 13 April, bulan akan dapat dilihat dengan mudah di sebahagian besar dunia.

Penglihatan sebenar bulan sabit akan bergantung pada faktor-faktor seperti keadaan atmosfera, keruh dan jarak antara matahari dan bulan di kaki langit.

Sementara itu, tarikh melihat anak bulan Ramadan di Malaysia adalah pada petang Isnin, 12 April ini iaitu bersamaan 29 Syaaban 1442 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan, Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Selain itu, katanya Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen, pada malam berkenaan.

Cerapan anak bulan akan dilaksanakan di 29 lokasi terpilih oleh jawatankuasa diperkenankan untuk melihat anak bulan.

Lokasi berkenaan ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting; Kuala Langat, Balai Cerap Selangor dan Sabak Bernam, Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak serta Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah serta Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.

 

Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan serta Esplanade Luak, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.

Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Ulasan