28 April 2021

Dengar Dan Taat


 DUNGUN - Semua ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) diingatkan supaya 'dengar dan taat' keputusan pemimpin yang melibatkan strategik agar kekal bersama perjuangan Islam.

Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata demikian sambil membuat perumpamaan seorang ibu sedang mengait  dengan benang bertaburan di lantai.

"Perbuatan siibu itu diperhatikan anaknya tanpa memahami  perbuatan siibu, tetapi ibu mengetahui, akhirnya akan menjadi lakaran masjid yang akan ditampal di tepi dinding.

"Tetapi pengikut yang tidak tahu, mereka mempersoalkan keputusan pemimpin sehingga menghilangkan pahala dalam perjuangan Islam," tegasnya.


Ingatan demikian disampaikan oleh Ustaz Wan Hassan ketika berucap merasmikan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Muslimat PAS Parlimen Dungun di Dewan Al-Husna, Markaz Tarbiyah Darul Ansor di Kampung Alor Mak Bah di sini pada 24 April.

Ujarnya, hanya ganjaran pahala yang akan  dibawa ketika bertemu Allah nanti setelah bersama perjuangan yang sukar dan jauh itu.

"Kerja dalam perjuangan Islam ini adalah maraton, lari jarak jauh... 10 kilometer.. 20 kilometer, nafas kena panjang, tenaga kena kuat, kena pandai menyusun, tidak boleh gopoh, tidak boleh hendak cepat. 

" Dan ianya sulit dan menyulitkan... ada yang dipenjara.. ada yang dipecat.. ada yang disiksa... di ISA(Tahan Tanpa Bicara) kan.. sebab itu, kena sentiasa berada di landasan, tujuan berada dalam perjuangan... adalah untuk mencari pahala dan Allah memilih mereka yang ikhlas dalam perjuangan, mereka yang tidak ikhlas, ada niat lain akan terpelanting keluar," jelasnya.

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...