Kekalkan Momentum PN

 

KUALA TERENGGANU – PAS kawasan Besut mahu mengekalkan momentum Perikatan Nasional (PN) yang ada sekarang dengan  meraikan struktur masyarakat majmuk, berbilang agama dan bangsa.

Menurut Yang Dipertuanya, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, ia akan menguntungkan semua pihak termasuk rakyat di negeri ini.

”PAS akan terus bersabar dalam menjayakan visi dan misi perjuangannya sehingga PAS mengambil sikap untuk tidak berdendam kepada sesiapa yang pernah menzaliminya.

“Kerana matlamat PAS ialah menjadi penyelamat kepada manusia,” jelasnya ketika dihubungi mengulas kehadiran PAS pada Majlis Iftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 17 April.

Oleh itu beliau menyeru agar semua pihak mengambil jalan damai dalam mengolah pelan bertindak ‘penyatuan umat’ demi menyelamatkan negara.

“Sepertimana kenyataan yang dibuat oleh YB Tuan Guru Presiden, PAS tegas dengan pendirian menolak permuafakatan tanpa mengambilkira kesetiaan kepada Negara,” tegasnya.

Justeru itu katanya, PAS Besut mendukung penuh prinsip usci tersebut dan menolak sebarang elemen peribadi.

“menolak mana-mana  agenda yang hanya berkepentingan diri  parti masing-masing tanpa mempedulikan rakyat di sekeliling.

“Tujuan PAS semata-mata untuk menyelamatkan peribadi pemimpin dan kumpulannya, bukan untuk menyelamatkan negara dan semua rakyat,” tambah Ustaz Azhar.

Ulasan