Oleh : Nooreni Abu Bakar
Terdapat tujuh projek pembagunan luar bandar 'Rimbunan Kaseh' yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasionsl (BN) pada 2015.
Semuanya, di seluruh negara menyaksikan kegagalan program bagi membantu warga miskin itu, meneruskan operasinya.
Kecuali yang berada di Negeri Terengganu, khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, berjaya dipulihkan oleh kerajaan PAS.
Pengerusi Lajnah Asas Tani PAS Terengganu menyifatkan kejayaan itu sebagai satu usaha 'kerajaan berkebajikan' parti Islam itu.
" Saya tidak mengistilahkannya gagal, kalau gagal kita tutup buku, tetapi kita nak pulihkan apa yang perlu dipulihkan," kata beliau yang juga Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri.
Ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Teknologi Digital Automation MMT Rimbunan Kaseh, 19 April lalu, beliau memaklumkan, semua isu berkaitan telah selesai.
Isu perumahan, soal perniagaan Melon Manis dan kebajikan para peserta, mengambil masa dua tahun untuk diselesaikan, sejak PAS mengsmbil alih pemerintahan tahun 2018.
Justeru wajarlah, seorang peserta Ladang Rimbunan Kaseh , Azlina Yaakub, 40 bersyukur, kerana terpilih untuk bekerja kembali diladang Melon setelah hampir empat tahun terpaksa ke bandar Dungun untuk mencari rezeki.
" Dengan rumah dah dapat hitam putih tidak perlu bayar deposit, hanya bayar secara sewa beli RM200 sebulan, saya bersyukur sangat tambahan suamipun sakit dan tidak dapat bekerja," ujarnya yang kini mampu bernafas lega.
Ulasan