KEMAMAN - PAS sangat menghargai golongan 'veteran' atau ‘As-sabiqun’, diatas segala jasa dan pengorbanan mereka sepanjang bergiat aktif.
Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Kemaman, Che Alias Hamid berkata, program menziarahi golongan teesebut diatur bersempena kedatangan Ramadan pada kali ini.
“Semalam telah bertemu seramai 10 orang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik yang bermula dari Batu Putih , Pengkalan Ranggon, Kampung(kg) gelugor, Kampung Chabang, Pekan Kemasik.
“Gong Chengal, Air Jernih dan berakhir di Kg Semayor. Perjalanan yang sememangnya benar-benar menggamit memori.
"Apatah lagi pernah mendengar kisah-kisah penglibatan ketika aktif berjuang dengan bermacam-macam cerita,” ujarnya selepas program itu pada Selasa 20 April.
Ahli Parlimen Kemaman itu berkata, sebahagian besar ‘orang lama’ yang diziarahi itu telah bergerak dengan PAS semenjak tahun 1970-an lagi.
“Pastinya mereka melihat dekad-dekad perubahan demi perubahan strategi dakwah dan politik yang berlaku di negara ini.
“Kami telah menyampaikan sumbangan serta wang tunai kepada mereka sebagai tanda ingatan saya serta sahabat-sahabat pimpinan setempat .
“Insya Allah hari ini akan kita teruskan lagi dengan menziarahi 10 orang yang terpilih di DUN Kijal, insya Allah kesemua mereka akan kita santuni," ujar beliau.
Ulasan