Peluang Raih Pahala Berganda


 Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN - Sumbangan Ramadan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang  kembali membuka peluang kepada masyarakat untuk meraih pahala berganda dengan bersedeqah di bulan mulia ini.

Pengarah program, Ahmad Ali berkata sebelum ini, sumbangan tersebut hanya tertumpu kepada orang miskin dan anak-anak yatim sahaja tetapi untuk Ramadan 1442 Hijrah penerima dijangka bertambah. 

"Apatah lagi  situasi COVIC19 yang belum menampakkn sinar untuk benar-benar berakhir dan sangat-sangat memberi kesan kepada  rakyat,"ujarnya  ketika dihubungi di sini hari ini 

Katanya, menjadi satu kemestian setiap kali akan tibanya bulan Ramadan, ADUN Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun akan mengingatkan agar program yang telah masuk tahun ketiga belas itu dilaksanakan sebaik mungkin. 

"Sememangnya YB kita(Cikgu Alias Harun) amat mengutamakan  kebajikan rakyat.

" Untuk kali ini seramai 560 orang miskin dan juga yang terjejas serta 300 orang anak-anak yatim yang boleh diibaratkan 'anak emas' YB akan terlibat untuk mendapat sumbangan.

Justeru, orang ramai yang dermawan diseru untuk membantu menjayakan program berkenaan dengan bersedeqah  di akaun  Lajnah Kebajikan DUN Rantau Abang yang bernombor 13044010042810 Bank Islam Berhad.

Ulasan