Oleh : Amiruddin Zamri
DUNGUN – Pengundi pertama kali dan pengundi muda, berperanan meneruskan kemenangan PAS di negeri ini, pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Ketua Muslimat PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Hajah Zakiah Alias berkata, golongan terbabit bakal menentukan keputusan PRU akan datang itu.
“Pengundi muda ini mudah memperolehi segala maklumat politik daripada media sosial dan semakin bijak dalam membuat penilaian terhadap maklumat yang disebar.
“Kita di peringkat DUN Bukit Besi sentiasa mendekati golongan wanita muda melalui pelbagai program bagi menjelaskan kepada mereka perkembangan kerajaan PAS, "ujarnya.
Dengan inisiatuf itu, beliau yakin, para pemilih tersebut akan membuat keputusan yang tepat ketika membuang undi.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi, mengulas program sumbangan ‘Infaq Iftar Box Ramadan’, di sini, pada Rabu 26 April.
“Insya- Allah apabila ditanya mereka sangat gembira dengan sikap yang dipamerkan oleh kita (PAS) kerana sangat menjaga kebajikan rakyat,” ujarnya.
Katanya program berkenaan telah diadakan melalui kerjasama Pertubuhan Ameerah Dun Bukit Besi dilaksanakan khusus untuk mendekati wanita muda.
“Sebanyak 60 kotak Iftar Ramadhan yang berisi juadah berbuka puasa iaitu Nasi Briyani Ayam satu pek kurma dan air minuman.
“Lokasi wanita muda yang kita santuni itu melibatkan Bukit Besi, Felda Jerangau, Jerangau serta Lintang, agihan dilakukan melalui pembahagian secara kumpulan serta mematuhi Prosedur operasi Standart (SOP) yang telah ditetapkan," katanya.
Ulasan