Perkukuh Jentera, Teguh Pertahan


Oleh : Ahmad Faizal Ghani

Marang - Seramai 150 orang petugas PAS menerima suntikan semangat dan berikrar mengukuhkan jentera untuk teguh pertahankan kemenangan.

Setiausaha PAS Marang, Ustaz Sulaiman Sulong berkata Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pengkalan Berangan adalah bagi menguatkan dan mengukuhkan lagi gerak kerja parti bagi menghadapi PRU-15. 

"program ini juga bertujuan memberikan suntikan semangat dan menyegarkan jentera parti untuk menggembeleng seluruh tenaga dan usaha bagi memastikan kita terus Teguh Pertahan, Kekal Kemenangan, N20 Sejahtera, ” jelasnya. 

Pengerusi Majlis Tindakan DUN yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan berkenaan berkata demikian ketika dihubungi pagi ini bagi mengulas mengenai program yang telah berlangsung pada Jumaat, 2 April lalu.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Marang Nasir bin Ismail, Ketua Dewan Ulama’ PAS Kawasan Marang Ustaz Abdullah Suhaimi bin Zakaria, serta AJK PAS Kawasan Marang.


Ulasan