PRU15: Peluang PAS Tambah Kerusi


KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu mempunyai peluang cerah untuk menambah kerusi, sekiranya bertanding pada kesemua 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Plilihan Raya Umum (PRU) akan datang 

Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Terengganu, Alghazali Abu Bakar berkata, PAS kalah kurang daripada 1000 undi pada tiga DUN iaitu, Kuala Besut, Batu Rakit dan Bukit Besi.

"pada PRU14, kita kalah sebanyak 46 undi di Bukit Besi, 299 di Batu Rakit dan 143 undi di Kuala Besut," katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman yakin, dapat 'merampas' DUN tersebut berdasarkan sokongan semasa. 


" kita telah meningkatkan gerak kerja semasa aktif sejak PRU14  lagi dan hasilnya, peningkatan keahlian PAS  meningkat hampir 1000 orang setahun 

" ditambah denga usaha kebajikan yang diperhebatkan sepanjang masa sebelum dan selepas menjadi kerajaan negeri," jelasnya.

Sementara itu, Yang DiPertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, peluang PAS adalah dari sudut kekuatan jentera parti yang merakyat melalui program dan aktiviti kerajaan. 


" Rakyat melihat PAS berlaku adil terhadap masyarakat dalam agihan bantuan kerajaan tanpa memilih latarbelakang parti

" Pelaksanaan 20 Manifesto PAS PRU14 yang hampir selesai akan menambah keyakinan, " tegasnya. 

Ulasan