Ranapkan Agenda Musuh


KUALA NERUS - Kesatuan Melayu Islam di negara ini perlu bersatu bagi membina kekuatan dari sudut kelangsungan politik agar ia mampu meranapkan setiap agenda musuh Islam bagi menguasai tanah air. 

Penguasa 1 Madrasah Darul Muhajirin, Sheikh Syed Suhaimi Syed Hassan Abdul Hadi berkata, PAS perlu meneruskan usaha ke arah perpaduan melalui Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN), walaupun sukar. 

“Demi kepentinga Islam, kerana negara kita sekarang ini sedang berada dalam keadaan serta sudut yang kritikal melihat kepada percaturan yang dibuat oleh golongan bukan Islam.

“Berniat hendak ambil negara dengan cara tersembunyi melalui strategi tertentu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diziarahi oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohd Nor Hamzah.


Tegasnya, era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) cukup menakutkan dibimbangi akan kembali terjadi.

“DAP dapat dilihat sedang mengatur sudut gerakan merbahaya. 

“Saya berdoa agar Islam itu naik, negara kita ini mesti diperintah oleh orang Islam,”ujarnya.

Dalam pada itu Ustaz Mohd Nor, menjelaskan bahawa Muafakat Nasional pada ketika ini melalui situasi yang sulit selagi mana masih ada agenda peribadi yang mendahulu parti UMNO. 

“Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 menjadi kemuncak, kalau tengok berdasarkan kajian PN mencapai 17peratus sokongan, ini bukan dinilai dari 100% tetapi melihat kepada gerak kerja sedang dijalankan.

“Berbanding PH 8 sehingga 9 peratus , selebihnya pada ketika ini ramainya tidak ambil cakna, terdiri daripada kalangan ‘Non Partisan’ sedang tengok dan menilai hendak sokong yang mana,”ujarnya.

Ulasan