Oleh : Akid Hafriz
KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu (DPPKT) mengagihkan sebanyak 100 bungkus nasi Arab diagihkan kepada penghantar makanan (Food Rider).
Ketua DPPKT, Ustaz Ahmad Asyraf Ali berkata, program kebajikan semena Ramadan itu diadakan di perkarangan sebuah pasaraya besar di sini.
Kuala Terengganu dan mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan ‘food rider’.
“Alhamdulillah, hari ini kita telah adakan agihan juadah berbuka kepada para ‘food rider’
“Semoga ia dapat meringankan sedikit bebanan mereka yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas menghantar makanan,” katanya ketika ditemui selepas program tersebu semalam, 2 Mei.
Turut hadir dalam program agihan tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.
Oleh itu, Ustaz Wan yang juga Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, bersyukur dapat menyantuni golongan terbabit yang juga dianggap sebagai 'frontliner'.
“Dalam kalangan ‘food rider’ yang kita santuni pada hari ini bukan hanya melibatkan para belia malah ramai juga para beliawanis yang terlibat.
“Justeru, saya mengucapkan tahniah kepada DPPKT atas penganjuran program kebajikan yang amat baik dan bermanfaat ini,” ujarnya.
Program Agihan Juadah Berbuka Untuk ‘Food Rider’ ini akan diteruskan lagi pada 8 Mei bertempat di hadapan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu pada jam 5.30 petang.
Ulasan