Bertindak Segera Hulur Bantuan

 


DUNGUN - PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi bertindak segera menghulurkan bantuan apabila menerima maklumat, ada dalam kalangan penduduk yang tidak pernah mendapat sebarang bantuan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) berkenaan, Haji Ghazali Sulaiman berkata aduan melalui media sosial itu melibatkan seorang warga emas.

“Dimana turut menghidapi penyakit kegagalan fungsi buah pinggang.

“Ketika diziarahi kita dapati masih boleh berjalan di sekitar  rumahnya dan masih bergantung kepada ubat-ubatan hospital.

“Tidaklah teruk sebagaimana yang dimaklumkan kepada saya melalui halaman rasmi ‘facebook’ saya. 

"walau bagaimanapun kita selalu menyegerakan sebarang bentuk bantuan kepada penduduk yang memerlukan tanpa ada sikap pilih bulu dan warna parti,”katanya.

Beliau berkata demikian, Ketika ditemui pihak media, selepas menyantuni penduduk di DUN ini bagi menyampaikan sumbangan kepada penduduk di sini, semalam.

Katanya, turut disantuni adalah 20 keluarga yang menjalani kuarantin di Al Muktafi Billah Shah (AMBS).

“kita telah menggunakan khidmat penghantaran. Semoga kesemua mereka berada dalam keadaan sihat, dan mendoakan hasil keputusan diperoleh adalah negatif,” ujarnya.

Melihat kepada angka baharu menunjukkan angka positif di Terengganu kian meningkat, beliau memberikan nasihat agar rakyat tidak leka dan mengambil ringan kes yang berlaku.

“Jangan pandang mudah mengenai Prosedur Operasi Standart(SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha memutuskan rantai kes pandemik ini.

“Kita masih belum menang lagi, perjuangan terhadap menghentikan penularan wabak ini mesti diteruskan. 

"semoga suatu hari nanti kita akan Kembali kepada keadaan asal,” ujarnya.

Ulasan