18 Mei 2021

Israel Gali Kubur Sendiri


Oleh : Adli Mohamad


KUALA TERENGGANU- Kekejaman yang tiada henti dari  Zionis Yahudi terhadap rakyat Palestin umpama sedang menggali liang lahad sendiri, penubuhan negara haram itu disifatkan umpama kubur sebenar buat mereka. 


Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Ustaz Mohd Nasir Abdul Razab berkata, kini seluruh dunia bangkit mendesak agar kezaliman yang dilakukan regim berkenaan dihentikan segera. 


“Kamu Israel ibarat menjolok sarang tebuan, kamu pasti akan menerima pembalasan, kebangkitan rakyat Palestin dan seluruh umat Islam tidak akan tertahan oleh kamu wahai rejim zionis.


“Saudara kami di Palestin, ketahuilah seluruh umat Islam di dunia khususnya anak muda sudah bersama dengan kamu, jika bukan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada hari ini, pastinya jalan-jalan utama di negara ini akan dipenuhi sosok tubuh anak muda. 


"Berhimpun Menyatakan kebersamaan kami bersamamu,”ujarnya.


Beliau berkata demikian Ketika berucap pada Ceramah Perdana Sempena Majlis Pelancaran Kempen #Aid4Palestin, Peringkat Negeri Terengganu, di Harap TV, pada Ahad, 16 Mei.


Ustaz Nasir menyatakan sikap pengecut bangsa berkenaan telah digambarkan melalui Firman Allah dan juga sabda Rasulullah bahawa mereka tidak berani berhadapan secara bersemuka.


“Sekarang ini mereka sebenarnya sedang berlindung di sebalik pokok dan juga batu bata. 


"Ketahuilah mereka yang mati mempertahankan al-Quds akan bersama para syuhada, mati syahid.


“Sebaliknya mereka sebagai musuh diperangi Allah akan dihumbankan ke dalam api neraka, usaha mereka hendak memadamkan cahaya Allah ternyata sia-sia,”tegasnya.


Mewakili seluruh pemuda PAS Terengganu beliau menyatakan kebersamaan dengan pejuang agama Allah serta terkesan dengan apa yang berlaku menyeru seluruh anak muda negeri ini agar menghulurkan sumbangan.


“Siapa yang mampu membantu, bantulah, Siapa yang mampu memberi wang ringgit, maka dermakanlah termasuklah yang paling mudah berada di tikar sembahyang dan berdoa agar Allah memberikan kemenangan.


“Ini merupakan janji-janji Allah dan Nabi Muhammad SAW dimana semua ini akan mendapat kelebihan. 


"Pertolongan Allah sangat dekat, bukankah subuh sudah dekat? kami berikrar mendoakanmu Palestin dengan sepenuhnya," ungkapnya.

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...