Oleh : Adli Mohamad
KUALA TERENGGANU - PAS mengesa umat Islam di seluruh dunia terutama di negara-negara Arab, perlu membaca Al-Qur’an dengan lebih kerap agar tidak terus berada di dalam kejahilan.
Presidennya, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata sementelah lagi ia dalam bahasa mereka sepatutnya lebih memahami bukan terus bertelagah sesama sendiri.
“Saya pernah timbulkan isu ini dalam ucapan ketika sidang ahli-ahli parlimen negara Islam di Turki.
"Saya menyatakan tidak bersetuju mengenai kalangan beberapa negara yang secara agresif (bertindak) melakukan kekacauan dalam negeri sendiri.
“Dimana ia telah mengundang perang provokasi dimana musuh telah datang untuk berniaga senjata , duit dilaburkan untuk berperang sesama sendiri bukannya melawan musuh utama (Israel).
“Sebagaimana berlaku di Yaman, Syria, Libya bukannya di negara Israel sangat memalukan kita sendiri, ini perlu diubah,”ujarnya.
Beliau yang juga merupakan Duta Khas Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Ke Timur Tengah berkata demikian ketika berucap menjadi salah seorang ahli panel Dialog Tiga Penjuru ‘ Di Sebalik Senyuman Hamza’, pada Khamis 20 Mei.
Turut menampilkan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Datuk Dr. Afifi Al-Akiti.
Mengulas lanjut, Tuan Guru Presiden PAS itu berkata tiba masanya umat Islam Bersatu.
“Serta apa salahnya orang Islam ini menjalinkan hubungan dengan negara-negara yang bermusuh dengan Amerika.
“Kemudian umat Islam sendiri mesti sedar dan faham, bukan membunuh tidak tahu hala sebagaimana berlaku di Eropah, bom masjid, sekolah, agama, pasar, hotel malah bom kedutaan,”katanya.
Itu kerana jelasnya disebabkan perjuangan berasaskan kefahaman yang telah bercelaru.
“Sedangkan mengikut hukum, kedutaan tidak boleh dibom walaupun milik negara musuh.
“Kerana bebal agama ini berlaku dan musuh-musuh menggunakan kesempatan untuk menimbulkan masalah dalam kalangan umat sendiri,”katanya.
Ulasan