KUALA TERENGGANU- Kerajaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu telah membawa perubahan dalam pentadbiran, begitu drastik dalam tempoh tiga tahun, sehingga rakyat negeri ini mendapat kebaikan yang menyeluruh.
Pengerusi Kelab Aktivis Media Inspirasi (KAMI), Naraza Muda berkata ia terbukti apabila bijak serta berjimat cermat dalam membelanjakan sumber hasil negeri yang terhad dalam memastikan 1.2 juta isi rumah rakyat Terengganu tidak terjejas dalam menghadapi situasi semasa.
“Dengan mana menekankan perbelanjaan berfokus kepada kelompok yang terkesan.
"Di samping melakukan pembayaran semula hutang-hutang .Terhadap projek-projek besar yang menjangkau 30 peratus dari bajet negeri.
“Seperti seorang bapa, mengambil tahu dan mengurus keperluan anak-anak yang berbeza tahap pendidikan, dari pra sekolah hinggalah universiti, dengan cara melakukan penilaian yang tepat dalam menyampaikan sumbangan,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Perutusan Khas tiga tahun pentadbiran PAS di negeri ini disampaikan secara langsung tas talian oleh Menteri Besar, semalam.
Menyentuh mengenai dana raya, Naraza berkata keterangan diberikan oleh Menteri Besar sangat jelas mengenai kaedah agihan disampaikan.
“Dengan mengkisahkan cerita Kak Ani yang tidak pernah menerima dana raya kerana perbezaan politik diamalkan kerajaan BN dahulu.
“Namun begitu pendekatan kaedah bantuan telah diubah agar tidak lagi berlaku ketidakadilan dan lebih baik apabila tiba masa yang sesuai untuk diberikan bantuan dengan tujuan menggerakkan ekonomi rakyat,”katanya.
Tambahnya, insiatif bantuan tetap disalurkan bahkan lebih baik dari sebelum ini walau ada pihak memanipulasikan isu dana berkenaan.
“PAS juga menekankan usaha untuk terus mengurus pentadbiran berlandaskan Islam sebagai dasar sebagaimana termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan.
“Dengan meneruskan kesinambungan pemerkasaan syariat dengan cermat secara ‘tadarruj’(berperingkat) tidak gopoh melalui empat insiatif,”ujarnya.
Jelasnya, setiap aktiviti rakyat di negeri ini adalah mengikut garis panduan patuh syariah juga merupakan elemen perubahan yang dibawa.
“Seperti hiburan, kebudayaan, pelancongan dan sukan, dasar perumahan, integriti dan modal insan.
“Serta menubuhkan beberapa agensi baharu seperti Skuad Amar Makruf Nahi Mungkar, Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS),”katanya.
Manakala dari segi perubahan dalam dunia pendidikan pula, katanya di bawah pentadbiran ini ia lebih komprehensif melibatkan semua peringkat.
“Pematuhan dalam urus niaga kerajaan pula telah berjaya mendapat status patuh syaruag untuk Syarikat TDM berhad yang sebelum ini dijadikan isu.
“Kejayaan menyelsaikan 14 daripada 20 manifesto juga menjadi bukti kerjaan menunaikan janji.
“Jawatankuasa induk manifesto juga telah menetapkan sehingga akhir 2021 ini empat lagi akan dilaksanakan,”katanya.
Justeru peranan daripada semua pihak katanya, telah menjadi penanda aras kejayaan disamping kebajikan disampaikan bertepatan dengan realiti pada masa kini.
“Kami melihat kesungguhan PAS selama tiga tahun menerajui kepimpinan ini, benar-benar mencapai slogan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera (TMBS).
“Tahniah YAB Dato’Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar diatas ucapan mengenai sambutan tigan tahun pemerintahan yang sangat baik.
"Kami seluruh rakyat mendoakan agar kerajaan ini terus melangkah ke hadapan dengan membawa inspirasi rakyat,”ujarnya.
Ulasan