Tahniah Himpun RM3,746,335.91 Untuk Palestin


KUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPNT) Terengganu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada rakyat umumnya, kerana menunaikan tanggungjawab, membantu rakyat Palestin.

Pesuruhjayanya YB Senator Dato' Hj Husain Awang berkata, BPPNT sendiri menyumbang sejumlah RM100,000 untuk dana #Aid4Palestin.

"Saya sebagai pemimpin dan ketua parti (PAS) peringkat negeri (Terengganu) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana mendukung PAS, sedia bangkit dan bangun bersama pejuang di Gaza dan Palestin.

"Saya mengumumkan jumlah yang dikumpulkan oleh Perhubungan PAS Terengganu untuk dana #Aid4Palestine sebanyak RM100,000 dan apabila dicampur keseluruhan sumbangan dari PAS Kawasan-kawasan dan Dewan-dewan, berjumlah RM3,746,335.91," jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya jumlah itu, tidak termasuk sumbangan daripada kerajaan negeri, Menteri Besar, Ahli Exco Kerajaan Terengganu, ADUN dan NGO-NGO.

"Terima kasih kepada Dewan Ulamak, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda, Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), Ameerah

" terima kasih juga kepada Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan-kawasan yang telah bekerja keras menjayakan misi Perhubungan PAS Terengganu, bagi menyahut gagasan yang dilancarkan PAS Pusat." tegasnya


Ulasan