Tuan Hamid Bawa Cerminan Buruk


KUALA TERENGGANU - Kitikan yang dilontarkan bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Hamid Bador hanya membawa cerminan buruk kepada dirinya sendiri. 

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menegaskan, KPN adalah bertanggung jawab kepada Menteri Dalam Negeri.

"Adakah beliau telah lupa terhadap Akta Polis Sek 4 (1)? 

" Jika benar sebagaimana dakwaan yang dilontarkan, mengapa tidak diambil tindakan susulan semasa beliau masih menjawat KPN?

"beliau boleh membuat laporan agar penyiasatan dilakukan dan dibawa ke muka pengadilan untuk diadili bagi dihukum menerusi lunas perundangan yang ada dalam negara ini," jelasnya dalamsatu kenyataan. 

Justeru, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu berkata, tidak wajar individu seperti beliau bertindak demikian. 

"orang yang tahu prosedur undang-undang dan menjaga keadilan negara, tidak menggunakan saluran yang ada namun hanya beremosi dalam ucapan, 

"sehingga mengundang sangkaan berunsurkan fitnah dan dakyah terhadap politik semasa dengan timbulnya persepsi jahat kepada kerajaan PN sekarang ini kerana sikap yang beliau tunjukkan adalah mengenepikan nilai undang-undang," ujarnya. 

Sehubungan itu, Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) merakamkan ucapan sekalung tahniah buat warga pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), atas pelantikan Datuk Seri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani selaku Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu berkuat kuasa 4 Mei 2021. 

Kata Ustaz Mohd Nor, pelantikan tersebut merupakan lantikan KPN yang ke-13 dan ia telah diumumkan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bagi menggantikan  Tan Sri Hamid Bador dalam satu majlis khas. 


Ulasan