05 Jun 2021

Bekal Makanan Pastikan Rakyat Kekal Di Rumah

 

Oleh : Amiruddin Zamri

DUNGUN - PAS Kawasan Dungun menyalurkan sumbangan bekalan makanan asas sebagai usaha memastikan rakyat mematuhi Prosedur Operasi Standart (SOP) yang ditetapkan, agar terus berada di rumah.


Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata, bantuan barangan dapur termasuk bahan mentah telah diagihkan kepada semua DUN dalam kawasan Parlimen ini.

"yang terkini sebanyak 2000 ekor ayam untuk diedarkan kepada penduduk yang memerlukan dan kita telah mengambil insiatif untuk menambahkan jumlah sumbangan tambahan,

“antaranya membekalkan 500 biji buah tembikai untuk disumbangkan kepada penduduk yang terkesan  yang terkesan,” ujarnya.


Beliau yang juga  Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi berkata demikian ketika ditemu semalam.

Oleh itu, beliau amat mengharapkan kerjasama dan kepekaan semua pihak agar dapat mematuhi arahan dan SOP yang telah ditetapkan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (Lockdown).

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan PAS Terengganu yang cakna dan memberikan peruntukan serta orang ramai yang memberikan sumbangan.

Katanya, inisiatif Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT 3.0) dapat meringankan beban seluruh rakyat yang tidak dapat keluar untuk mencari pendapatan.

Oleh itu, beliau menggesa pihak cawangan PAS dan JPKK, mengambil Langkah pro-aktif mengenalpasti dengan memberi keutamaan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, agar tidak terlepas pandang.

"Alhamdulillah Sumbangan Prihatin di Peringkat Dun Bukit Besi ini  telah mendapat kerjasama yang baik.

"Terdapat juga cawangan yang turut menambahkan sumbangan dengan menambahkan unit barangan basah seperti  satu kilogram lada dan lima liter air mineral setiap keluarga," ujarnya.

Tiada ulasan:

Haji : Perpaduan Umat Ke Arah Satu Kiblat

Para jemaah haji yang datang dari seluruh penjuru dunia berhimpun di Tanah Suci Makkah bagi menyahut seruan Nabi Ibrahim AS. Baginda AS dahu...