KUALA TERENGGANU -Sudah tidak menjadi rahsia lagi, PH telah menipu rakyat Malaysia dengan janji manifestonya, terutamanya perkara yang kononnya mahu mereka laksamakan dalam tempoh 100 hari setelah memerintah.
Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nasir Abd Razak berkata, tiada seorang pun yang boleh menafikan pembohongan parti itu.
Oleh itu, adalah amat wajar, jelas beliau, apabila Presiden PAS menasihati rakyat agar jangan mudah lupa, sehingga ditipu berulang kali.
"Saya hairan kenapa ramai sentap, sedang ini adalah nasihat yang baik.
"Adalah pelik jika ada yang marah dan saya kira hanya penipu sahaja yang marah, kerana mereka tidak boleh menipu lagi," tegasnya
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
Justeru, Nasir menasihati pemimpin PH, menerima nasihat Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu dengan 'dada yang lapang'.
"Sepatutnya pimimpin PH perlu mengambil nasihat ini secara positif dengan mengakui kesilapan dan berjanji untuk ditidak menipu lagi, bukannya terloncat-loncat bila dinasihati," jelasnya.
Ustaz Nasir yakin, rakyat Malaysia pastinya bijak dalam siasah masakini bahkan tidak akan 'dikencing lagi' oleh PH.
"Rakyat Malaysia sudah matang tidak mahu lagi melihat orang politik melampau, berebut-rebut jawatan Perdana Menteri.
"Kita tidak lupa bagaimana Anwar Ibrahim berkali-kali 'lebong' mendakwa dia cukup sokongan dan proses peralihan kuasa yang akan berlaku serta menampakkan diri beliau adalah hanya Perdana Menteri masa depan," tambahnya.
Sebaliknya, menurut beliau, pemerintahan PH selama 22 bulan, penuh dengan kegagalan, tidak menjaga sensitiviti agama dan kaum.
Ulasan