Terus Bergerak Setelah Bebas Jangkitan


KUALA TERENGGANU - Sebaik disahkan bebas jangkitan, Ketua Penerangan PAS Terengganu terus bergerak melaksanakan tugasnya sebagai ADUN Wakaf Nempelam. 

"Terubat rindu untuk masuk kampung bertemu masyarakat pada hari ini. 

"Alhamdulillah, dari pagi hingga petang ini, saya telah menziarahi 22 buah keluarga yang mempunyai kematian sepanjang tempoh PKPD dan tempoh saya dikuarantin yang lalu," kata beliau melalui coretannya di laman sosial. 

Selain ziarah rumah ke rumah dan bertanya khabar, dengan menjaga SOP, beliau melajsanakan tanggubgjawab yang menjadi rutin, hadi mengucapkan takziah kepada penduduk setempat. 

"saya telah melawat arwah sebelum ini ketika hayatnya masih ada. Itulah putaran kehidupan kita. 

" Hari ini mungkin kita sihat, esok lusa mungkin kita sakit. Namun yang yang pasti kematian tetap menanti kita,' ujarnya yang baru menamatkan kuaratin di keddiamannya, kerana menjadi 'kontak rapat' kepada seseorang yang positif Covid-19.

Oleh itu katanya, beliau juga akan mula mengelilingi DUN yabg diwakili untuk menyampaikan sijil dan hadiah kecemerlangan buat pelajar SPM 2020. 

"Ada 114 orang yang telah mendaftar setakat ini di peringkat DUN Wakaf Mempelam. 

"Tunggu ya, kita akan pergi secara berperingkat rumah ke rumah kepada yang tinggal dalam kawasan DUN Wakaf Mempelam," tambah beliau. 


Pertandingan Video Pendek "Jom Duduk Dumoh"



Pada awal PKP 3.0 yang lalu, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Wakaf Mempelam telah melaksanakan satu program iaitu Pertandingan Video Pendek "Jom Duduk Dumoh" yang bertujuan untuk mengajak masyarakat terus kekal tinggal di rumah.

"Alhamdulillah, pertandingan ini telah tamat pada minggu lepas dan mendapat sambutan yang begitu mengalakkan. Har ini saya hadir sendiri bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

"Suka saya apabila melihat video yang dihasilkan oleh mereka sebelum ini, sangat kreatif ! Mereka juga membuat pelbagai aksi lakonan mengikut kreativiti masing-masing dan pelakon-pelakon juga terdiri dari kalangan remaja sehingga ke kanak-kanak." ujarnya lagi. 

Beliau mengucapkan tahniah kepada Abdul Hakim bin Muhammad yang telah memenangi tempat pertama kategori kumpulan bagi pertandingan tersebut. 

Justeru, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pemenang, dengan ucapan," Semoga terus memanfaatkan bakat yang ada untuk terus menghasilkan karya yang lebih berkualiti selepas ini."


Ulasan