135 Bakul Makanan Untuk Orang Asli

 


KUALA TERENGGANU – Sebanyak 135 bakul makanan  telah diagihkan oleh PAS DUN Telemong kepada masyarakat orang asli yang memerlukan di kawasan tersebut.

Ketua Kebajikan PAS Hulu Terengganu, Ustaz Mohd Safari Abu berkata, ia sedikit sebanyak membantu golongan yang terjejas akibat  Perintah  Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Sebenarnya program yang kita adakan itu ialah program  menyampaikan bakul makanan ( BERKAT 3.0) di Kampung Sungai Beruas kampong orang asli  dalam DUN Telemong . 

“Menyerahkan sumbangan BERKAT 3.0  kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli ( JAKOA) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) perkampungan Orang Asli Sungai Berua untuk diagihkan kepada keluarga masyarakat orang asli di sini,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi majlis Tindakan DUN) Telemong berkata demikian ketika dihubungi pihak media, pada semalam.

Turut hadir sama ialah Penyelia I-Mits Telemong, Ustaz Mohamad Yusuf Abdullah, Penghulu Mukim Jenagor, Effy Hamsha dan Pegawai Orang Asli, Ghazali.

Menurutnya, Kerajaan negeri  melancarkan Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu 3.0 (Berkat 3.0) dengan peruntukan RM6.4 juta bagi membantu golongan yang terjejas akibat pendemik Covid-19.

Ulasan