KUALA NERUS - Seorang ibu tunggal, Semek bt Mamat, 62, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana tidak putus-putus memberi bantuan, sejak rumahnya terbakar pada14 Julai lalu.
Paling besar nikmat, katanya, beliau bersyukur kerana sempat berlari keluar dan selamat daripada ujian tersebut.
"Alhamdulillah, bantuan sampai tak putus-putus pada saya. tak terkata, syukur pada Allah atas pertolongan yang sampai." ujarnya.
Menurutnya, kebakaran dipercayai bermula daripada bahagian dapur dan mengakibatkan 80 peratus bahagian rumah tidak dapat diselamatkan.
"Semasa kejadian, saya sedang tidur di ruang tamu dan dua anak saya yang lain tiada dirumah.
"Bila saya tersedar, api sudah marak di bahagian tengah rumah dan saya keluar melarikan diri," katanya ketika ditemui di Kampung Kesom, dekat sini.
Antara pihak yang menyumbang adalah Skuad Kebajikan Parlimen Kuala Nerus dan DUN Buluh Gading.
Setiausaha Politik YB Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Ustaz Kamal Nazmi berharap Puan Semek bersabar menghadapi situasi itu.
"Alhamdulillah, kita hadir bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tabung Darul Iman menyampaikan sumbangan barangan keperluan segera dan wang tunai"
"Dalam masa terdekat juga, kita akan usahakan kediaman yang baru untuk Puan Semek serta anak-anak supaya mereka lebih selamat dan selesa," kata nya
Turut hadir memberi semangat Ketua Muslimat PAS DUN Buluh Gading, Ustazah Tuan Roslina Tuan Sulaiman.
Ulasan