Lim Kit Siang, Perlu Letak jawatan Segera !


Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU -  Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) mendesak agar pemimpin veteran DAP, perlu meletakkan jawatan segera sebagau Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. 

Ulama juga turut mengecam sekerasnya-sekerasnya kenyataan biadap Lim Kit Siang yang menyeleweng  menyeleweng dari maksud sebenar  Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang  mengenai kerajaan Allah. 

Ketua Penerangannya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, adalah tidak sepatutnya Lim Kit Siang selaku ahli politik  mempunyai latar belakang undang-undang  sengaja bertindak demikian meruntuhkan keharmonian negara. 

“Kerana beliau pasti sedar akan kesan dari kenyataan kerasnya itu boleh memberi kesan berlaku pecah belah dalam masyarakat majmuk di negara ini.

“Secara tidak langsung juga telah menzahirkan belang sebenar DAP yang  tidak menghormati kesucian agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan di Malaysia seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan,” katanya melalui satu kenyataan rasmi pada Selasa 6 Julai.

Tegasnya, siasatan perlu dibuka segera ke atas sikap ekstrem yang ditunjukkan itu.

“Kerana cuba menimbulkan kebencian dan turut mengajak orang bukan Islam melakukan penghinaan dan perbuatan melampau terhadap agama ini. 

" lebih-lebih lagi telah mempersendakan Allah SWT.

“Insiden ini juga perlu diambil peringatan oleh mana-mana pihak yang bercita-cita mewujudkan jajaran baharu Bersama parti berkenaan untuk mewujudkan jajaran baharu.

“Supaya berfikir dengan lebih rasional dan mendalam akan implikasi yang menanti  khususnya mengenai perkara yang berkait dengan agama Islam,”tegasnya.

Katanya, permohonaan maaf secara terbuka kepada Presiden PAS serta rakyat Malaysia secara khususnya perlu diadakan. 

“Atas tindakanya yang tidak sensitif di kala rakyat dan kerajaan sedang berhempas pulas untuk menangani ujian pandemik Covid-19 ini.

“Pada kesempatan ini juga DUPP menyeru seluruh umat untuk sentiasa istiqamah memepertahankan agama ini dan bersikap tegas dengan mana-mana pencerobohan dan penghinaan terhadapnya.

“Ketegasan ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud :-Oleh sebab itu barangsiapa yang menyerang kamu, maka seranglah ia, seimbang dengan seragannya terhadapmu (Al-Baqarah : 194),”ujarnya lagi.

Ulasan