Mahkamah Tertinggi EU Putuskan Tudung Dilarang di Tempat Kerja


Mahkamah Tertinggi Kesatuan Eropah memutuskan para majikan boleh melarang pemakaian simbol kepercayaan sesuatu agama atau politik yang jelas kelihatan, seperti tudung.

Namun, perbicaraan di Luxembourg itu meletakkan syarat,  keputusannya pada hari Khamis itu, larangan tersebutb bergantung dan tertakluk serta disesuaikan dengan 'keperluan tulin' pihak majikan, kepada 27 negara anggota EU. 

Menurut keputusan itu, mereka juga mesti mempertimbangkan hak dan minat pekerja, termasuk dengan mempertimbangkan perundangan nasional mengenai kebebasan beragama. 

"Larangan memakai bentuk ekspresi politik, falsafah atau kepercayaan agama di tempat kerja boleh dibenarkan oleh keperluan majikan untuk menunjukkan imej yang neutral terhadap pelanggan atau untuk mengelakkan perselisihan sosial," kata mahkamah. 

 “Namun, kebenaran itu harus sesuai dengan keperluan sebenarnya dari pihak majikan dan, dalam mendamaikan hak dan kepentingan yang dipermasalahkan, pengadilan nasional dapat mempertimbangkan konteks khusus dari Negara Anggota mereka dan, khususnya, negara yang lebih menguntungkan  peruntukan mengenai perlindungan kebebasan beragama." tambah keputusan itu. 

Kes itu dibawa ke pengadilan oleh dua wanita di Jerman yang digantung pekerjaan mereka setelah mereka mula memakai jilbab, sebagaimana yang dipakai oleh ramai wanita Muslim, yang merasakannya adalah sebahagian dari agama mereka

Wanita Muslim itu, salah seorang ialah penjaga khas di pusat jagaan kanak-kanak di Hamburg yang dikendalikan oleh sebuah badan amal. 

Manakala seorang lagi bekerja sebagai juruwang di rantaian farmasi Mueller, yang kedua-duanya tidak memakai tudung ketika mereka mula bekerja, tetapi memutuskan untuk melakukannya selepas bertahun-tahun berkhidmat. 

Dokumen mahkamah menyatakan, selepas itu, meereka diberitahu oleh majikan masing-masing bahawa ini 'bertudung' tidak dibenarkan, dan di tempat yang berbeza mereka digantung kerja, diberitahu untuk datang bekerja tanpa tudung atau diarahkan, melakukan pekerjaan yang lain. 

Isu tudung telah mencetuskan kontroversi di seluruh Eropah selama bertahun-tahun dan didakwa menjadi titik tolak 'perpecahan tajam' mengenai penyatuan umat Islam.

Dalam keputusan 2017, mahkamah Kesatuan Eropah di Luxembourg telah mengatakan bahawa syarikat boleh melarang kakitangan memakai tudung dan simbol agama lain yang dapat dilihat dalam keadaan tertentu.  

Pada masa itu, ia telah menimbulkan reaksi balas yang besar di antara kumpulan beragama.

Lebih daripada lima juta umat Islam tinggal di Jerman, menjadikan mereka kumpulan minoriti agama terbesar di sana.

 Larangan bertudung untuk wanita di tempat kerja telah menjadi isu hangat di Jerman selama bertahun-tahun, terutama berkaitan dengan calon guru di sekolah kerajaan dan hakim pelatih.  

Ulasan