Pemuda Gesa Tindakan Tegas Terhadap Lim Kit Siang


 Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu membuat laporan polis terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang kerana yang telah mengeluarkan suatu kenyataan yang biadap, keterlaluan dan sangat melampau. 

Ketuanya, Ustaz Mohd Nasir Abdul Razab berkata, kenyataan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu jelas telah menghina Islam.

“Secara sedar dan dengan niat tidak baik telah sengaja menghina Allah, seterusnya menghasut serta mengelirukan akidah umat Islam supaya mempertikaikan kuasa Allah.

“Yang secara jelas telah melukakan perasaan umat Islam,”ujarnya.

Beliau berkata demikian, selepas membuat satu laporan berkait perkara berkenaan, di Ibu Pejabat Polis, di sini, pada Rabu 7 Julai.

Hadir sama setiausahanya, Zaidan Abdullah dan beberapa anggota pemuda Terengganu. 

Tegasnya, kenyataan di media sosial oleh penasihat DAP itu boleh mencetuskan suasana tegang dan tidak harmoni dalam negara. 


“Timbulnya perpecahan di kalangan umat Islam, saling membenci. 

"mendatangkan kemarahan serta akan menjejaskan perpaduan yang kita perjuangkan selama ini.

“Juga akan mewujudkan ketegangan antara agama yang boleh mendorong umat Islam melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam,”ujarnya.

Katanya, perkara itu tidak boleh dibiarkan kerana khuatir akan menjadi satu budaya yang berterusan. 

Oleh itu katanya, tindakan bagi mengadakan jajaran baharu yang melibatkan kerjasama dengan parti cauvinis itu perlu dinilai oleh rakyat. 

“Kerana rakyat pastinya akan menolak dan menentang usaha berkenaan  demi mempertahankan kedaulatan Islam.,”ujarnya. 

Justeru beliau menyeru seluruh anak muda serta rakyat negara ini menolak mana-mana individu atau parti politik yang berusaha menimbulkan kekacauan.


Ulasan