Peralihan Fasa Kejayaan Rakyat Patuh SOP


KUALA TERENGGANU - Peralihan fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) merupakan kejayaan rakyat negeri ini setelah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bermula semalam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Ustaz Mohd Nasir Abdul Razab berkata ia menjadi satu kejayaan yang sangat dinantikan hasil kolaborasi di antara kepatuhan masyarakat berserta usaha yang dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Pengumuman tersebut menandakan pembukaan beberapa sektor ekonomi yang selama ini tidak dibenarkan dengan ketetapan syarat yang telah dipersetujui.

“Antara sektor perdagangan yang dibolehkan ialah kedai buku dan alat tulis, komputer dan telekomunikasi , barangan elektrik, kedai cuci kereta dan juga gunting rambut.

“Sudah pasti ini akan dapat menarik nafas lega kepada mereka yang terlibat,”ujarnya dalam satu kenyataan rasmi pada Ahad 4 Julai.

Mewakili DPPNT, beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah di atas usahasama yang erat diantara kerajaan Terengganu dan Persekutuan.

“Kerana telah memastikan keadaan pandemik ini berjaya dikawal dengan jayanya. 

"semoga kepatuhan masyarakat akan dapat dipertahankan agar keadaan ini berterusan sehingga kita benar-benar bebas daripada Covid-19 ini,”ujarnya.

Beliau turut menyeru agar rakyat di negara ini serta Terengganu secara khusunya untuk terus berdoa.

“Agar negeri-negeri yang lain diberikan keselamatan dan keluar dari fasa yang sedang dihadapi pada Ketika ini.

“Sekarang bukan masa untuk menuding jari kepada sesiapa, inilah masa untuk kita memainkan peranan masing-masing. 

"Misi seterusnya adalah memastikan negeri ini akan beralih kepada fasa ketiga,”ujarnya lagi.

Ulasan